Pemeriksa Cap Jari Gred N19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d)
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
 
       
3. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab mendaftar penjenayah dan orang-orang yang bersalah, membuat pemeriksaan identiti penjenayah melalui pemeriksaan cap jari, mengesahkan identiti penjenayah/si mati/individu. Membantu menyelesaikan kes-kes jenayah dengan mengenal pasti identiti cap-cap jari dari tempat kejadian. Mengeluarkan laporan penjenayah terdahulu untuk mahkamah, mengeluarkan laporan pakar cap jari dan memberi keterangan pakar di mahkamah. Memberi kursus Sains Cap Jari kepada Agensi Penguatkuasa Undang-undang, jabatan kerajaan dan pusat pengajian tinggi.