Pembantu Veterinar Gred G19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d)
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,413.40) atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,469.80)
 
     
3. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Pelaksana, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan berkaitan.