Pengenalan ePengisian
Pengenalan
 ePengisian merupakan Sistem Permohonan Pengisian Jawatan di bawah Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sistem ini membolehkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri membuat pengisian jawatan secara online bagi menggantikan borang PGSPA yang diisi secara manual. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri akan diberikan kata laluan (id) untuk mencapai dan menghantar maklumat PGSPA melalui Portal SPA.
Objektif
 Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan pengisian jawatan di Kementerian/Jabatan/SUK Negeri.
 Untuk memudahkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri mengetahui status permohonan pengisian jawatan yang dipohon.
Pengguna
 Kementerian/Jabatan/SUK Negeri; dan
 Urus Setia SPA
Permohonan ID Pengguna
 Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu melengkapkan Permohonan ID Pengguna dan faks kepada Bahagian Pengambilan Khas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 03-8091 9290 untuk perhatian Encik Mohd Nazir bin Hasan Sezali. Id pengguna akan diemelkan terus kepada pemohon berserta manual pengguna ePengisian.
Pegawai Untuk Dihubungi
 Bahagian Pengambilan Khas, SPA
Nama Pegawai : Mohd Nazir bin Hasan Sezali
Telefon : 03-8091 9290
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Bahagian Pengambilan, SPA
Nama Pegawai : Johan bin Abu Bakar
Telefon : 03-8091 9361
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Bahagian Pengurusan Maklumat, SPA
Nama Pegawai : Mashita binti Mastor
Telefon : 03-8091 9177
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nama Pegawai : Muhammad Sofri bin Omar
Telefon : 03-8091 9198
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.