Julai 2013 - Aktiviti 7

  • Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Pegawai Penyelaras Pusat temu Duga

    SPA 5 Julai ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Pusat Temu Duga S.P.A seluruh negeri. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya dihadiri oleh semua Pegawai Penyelaras yang bertanggungjawab menjaga pusat temu duga S.P.A seperti di Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Turut hadir Setiausaha Bahagian (Pengurusan), Encik Mohd Nazri Dollah. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan semua pegawai penyelaras tersebut berkongsi pandangan dan mengemukakan masalah yang dihadapi di pusat temu duga masing-masing untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pengurusan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengadakan perjumpaan bersama 5 (lima) orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik baharu yang ditempatkan di S.P.A. Perjumpaan selama 45 minit itu diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi-----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1