Disember 2018 - Aktiviti 4
- BERITA RINGKAS 14 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 139
PUTRAJAYA, 14 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-139 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pagi tadi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA
![Aktiviti4_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_1.jpg)
Â
![Aktiviti4_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_2.jpg)
Â
![Aktiviti4_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_3.jpg)
Â
![Aktiviti4_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_4.jpg)
Â
![Aktiviti4_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_5.jpg)
Â
![Aktiviti4_6](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_6.jpg)
Â
![Aktiviti4_7](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2018/Disember/Aktiviti4_7.jpg)