Januari 2016 - Aktiviti 14
- BERITA RINGKAS 27 Jan ----- "S.P.A rancang program-program yang strategik" ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak
PUTRAJAYA 27 Jan ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menyeru kepada warga S.P.A agar membuat perancangan yang rapi dengan menjalankan program-program strategik dan mendatangkan faedah . Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) di Putrajaya sebentar tadi. Menurut beliau lagi peraturan-peraturan kewangan hendaklah dipatuhi mengikut SOP yang telah ditetapkan. “Dalam keadaan semasa, kita perlu dan hendaklah pandai merancang bagi memastikan pengunaannya secara optimum dengan bajet yang diperuntukkan kepada S.P.A” katanya. ----- MediaSPA
![Aktiviti14_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2016/Jan/Aktiviti14_1.jpg)
![Aktiviti14_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2016/Jan/Aktiviti14_2.jpg)
![Aktiviti14_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2016/Jan/Aktiviti14_3.jpg)