Julai 2019 - Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 141
PUTRAJAYA 5 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-141 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ---- MediaSPA
![Aktiviti2_1](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_1.jpg)
Â
![Aktiviti2_2](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_2.jpg)
Â
![Aktiviti2_3](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_3.jpg)
Â
![Aktiviti2_4](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_4.jpg)
Â
![Aktiviti2_5](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_5.jpg)
Â
![Aktiviti2_6](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_6.jpg)
Â
![Aktiviti2_7](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_7.jpg)
Â
![Aktiviti2_8](http://imej.spa.gov.my/dev/galeri/2019/Julai/Aktiviti2_8.jpg)
Â