September 2013 - Aktiviti 7

  • Azri Alwan Juara Talentime S.P.A 2013

    SPA 12 September ----- Azri Alwan dari Bahagian Pengambilan muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Talentime S.P.A 2013 yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya malam tadi. Beliau yang membawakan lagu bertajuk “Kehilangan” yang di popularkan oleh penyanyi Firman telah menewaskan 11 peserta lain. Tempat kedua dimenangi oleh Rosli Choh dari Bahagian Pengurusan yang juga memenangi kategori vokal terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Suhaimi Ismail yang juga menang dalam kategori persembahan terbaik. Seramai 12 peserta yang terdiri dari warga S.P.A bersaing dalam pertandingan Talentime sempena bulan Kemerdekaan 2013. Peserta telah diadili oleh juri professional iaitu Jaffar Abdul Rahman atau (JARI) dan Leonard Yeap Lin Soon. Pemenang menerima hadiah wang tunai serta piala iringan yang telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7